Sekadar Perkongsian..
"sharing moments"

Oct
12

Cinta adalah anugerah….

ianya adalah lumrah,

ia sudah fitrah.

Tak dinafikan peri pentingnya cinta,

kerna cinta adalah anugerah,

dari Yang Maha Pemurah.

Namun, bisa saja cinta itu punah,

Andai syahwat dasarnya,

Pada harta.. kaya menjadi haloba.

Pada laki-laki atau wanita;

zina, buang anak merata-rata.

Pada pangkat..yang berkuasa terus berleluasa,

menindas yang tak berdaya.

Cinta adalah anugerah,

Indah jika Iman dasarnya,

Bercinta pada prioritinya,

Bermula dengan cinta pada Sang Pencipta,

menjadikan kita hamba taat padaNya  .

Cinta pada rasul utusanNya,

menjadikan kita pengikut yang setia.

Pada sesama mukminin,

untuk kita saling bersaudara.

Pada sekalian manusia,

untuk kita ajak bersama.

Cinta jika Iman dasarnya,

Melahirkan permata ayah dan bonda,

Membentuk asas keluarga bahagia,

Natijahnya masyarakat bertimbang rasa.

Ayuh, semarakkanlah cinta,

Cinta yang membawa ke syurga,

yang dipandu Quran dan sunnah utusanNya,

bukan sekadar cinta pada kesenangan dunia,

yang sifatnya tak kekal lama.

kerna Cinta itu adalah anugerah dari Yang Esa…

~Liqo’ Mahabbah 1431 H/2010M~

Mar
27

“Alaa, tak kan minum arak sekali pun tak boleh?” …

“Eh, apsal Islam ni tak bg kita buat sex (sblm nikah)?”…

“Leceh aa kena buat tu kena buat ni..Kenapalah susah-susah camni?”

“Kenapa, kenapa, dan kenapa..”.

Persoalan-persoalan yang mungkin ada antara kita selalu hadapi. Mungkin dari orang lain, mungkin juga pernah terdetik dalam benak pemikiran kita..


Seterusnya..

Dec
28

“Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa(2:2)”

Human Embryology dalam al-Quran? Betul ke? Untuk menjawab persoalan tu, mari kita tadabbur (merenung) ayat-ayat berikut:

“Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi alaqah. lalu Kami ciptakan alaqah itu menjadi mudghah; kemudian Kami ciptakan mudghah itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” (23:12-14)

Seterusnya..

Dec
17
Nov
21

Kehidupan ini memang penuh dengan onak duri. Tak terlepas kita dari diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Contohnya sebagai seorang pelajar perubatan, dengan jadual kelas yang agak padat (di India, kelas 5 @ 6 hari dalam seminggu, dari 8@9 pagi hingga ke petang), tugasan kerja dari lecturers, masalah nak catch-up balik studi..belum dikira lagi masalah-masalah peribadi..yang kadang-kadang timbul tak dijemput..huhuhu..

Camne ye nak release kan tension ni??!!

Seterusnya….

Nov
18

Dengan Nama-Nya yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Titik mula bagi diriku untuk menulis – sekadar perkongsian…agar apa yang ku peroleh dapat ku sampaikan kepada teman-teman ..dan yang paling utama buat diriku jua..

p/s: tulisan ini hanyalah satu perkongsian..tak terlepas dari kesilapan.. apa yang kurang diharap dapat ditegur,dan yang bermanfaat sama-sama kita amalkan..=)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.